Bab 1 : Trip ke Beijing - 8 Mac 2014
"Qisan.. I dah booked your flight ticket to Beijing dengan Nizar on 8 Mac, 9.25am". Maklum Bryan Yean pada aku pada suatu hari sekitar penghujung Februari 2014.
"Naik MAS.. direct flight ke?". Aku bertanya dengan harapan ada sesuatu yang menarik daripada perjalanan tersebut.
Aku memang teruja memandangkan ini adalah trip pertama aku menaiki kapal terbang ke luar negara sepanjang hidup. Sebelum ini, cop imigresen pertama aku adalah ketika ke Pattani melalui Pekan Rantau Panjang - Tak Bai - Narathiwat dengan menaiki kereta.
"Bukan, U naik Cathay.. transit Hong Kong then sambung dengan Air China. Sampai Hong Kong jam 1.20 terus ambik flight Air China jam 2.20. Sampai Beijing dalam pukul 5.30 petang. Transit 1 jam je tau. Nanti keluar kapal terus lari ke pintu masuk Air China". Bryan gelak sambil menyindir aku.
"Alamak, tak sempat la nak jalan-jalan Hong Kong. Bro macamana?" tanya aku.
"I ingat nak pergi awal sikit then tunggu U all kat sana". Ada satu direct flight MAS pukul 12.41 pagi tapi I belum booking lagi." Bersungguh Bryan menerangkan perancangan beliau pada aku.
Aku hanya mendengar penerangan Bryan kerana semua jadual perjalanan kami di sana diuruskan oleh beliau dan juga arwah Hanizar.
Bryan adalah sahabat kepada Arwah Hanizar dan mereka berdua adalah sahabat kepada Bro Habib juga. Beliau biasa berurusan dengan penyedia digital content di China dan kerap ke sana terutamanya Beijing dan mengenali ramai taikun dan juga 'pemain' di dalam industri tersebut.
Terdahulu sebelum itu iaitu pada 25 Februari 2014, kami telah mengadakan MOU bersama beberapa pihak yang berkepentingan bagi mengadakan International Chinese Film Festival Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mei 2014. Aku sendiri ditugaskan untuk membuat laman web bagi program tersebut selain dari mengiringi deligasi artis-artis dari China yang akan dibawa ke Malaysia.
Selanjutnya kami perlu mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa pihak yang berkaitan di Beijing selain daripada mendapat sokongan dan bantuan dari pihak kedutaan dan Tourism Malaysia Beijing.
Adakah kami sampai ke Beijing? Bersambung ...
{gallery}blog/beijing/bab1{/gallery}
Bersambung ...