Bukan ingin mengangkat diri
Tapi sekadar memperingati
Supaya aku sedarkan diri
Moga tenang dikemudian nanti.
Tulisan ini aku pernah share dalam FB pada 17 April 2017 dan Alhamdulillah aku menerima feedback yang amat positif.
Saja nak share "Kisah Si Tukang Penyalin Dokumen". Staff sebuah syarikat besar diminta oleh bosnya untuk singgah berjumpa dengan aku untuk bantu selesaikan masalah berkaitan web dan email syarikat. Katanya dapat nombor aku dari seorang kenalan. Aku memang tak pernah kenal dan jumpa mereka semua sebelum ini.
Apabila mereka sampai, aku minta tunggu sekejap sebab aku sedang menyiapkan kerja photostat dan binding seorang client lain. Dalam masa yang sama, aku perasan yang dorang ni tak berapa selesa untuk tunggu aku dengan melihat-lihat disekeliling kedai.
Mungkin mereka tertanya-tanya, takkan lah si tukang photostat ini yg nak bantu selesaikan masalah mereka?.
Dipendekkan cerita, selesai memberikan konsultasi secara percuma, mereka pun beredar. Sebelum keluar dari pintu kedai, salah sorang daripada mereka berkata :
"Maaf encik, mula-mula saya macam tak yakin, jumpa kat kedai photostat je nak selesaikan masalah kami, tgk keadaan kedai, memang kami tak pasti encik yang akan bantu kami, terima kasih yer.".
aku senyum jer...