- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 572
Panggilan 'Arafah 1444H : BAB 26 – Teh Tarik D' Saji paling sedap
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 572
Sepanjang berada di Kota Mekah, pelbagai menu telah kami cuba samada makanan Arab, Asia mahupun Malaysia dari pelbagai restoran dan kedai makan samada di Al Safwah Tower, Mekah Tower dan juga di kedai-kedai Bangladesh yang berhampiran dengan hotel kami.
Aku hanya tertarik dengan menu yang terdapat di sebuah kedai yang berasal dari Malaysia iaitu D’ Saji, yang merupakan anak syarikat Felda dan terletak di Al Safwah Tower. Selain daripada itu, sebuah lagi kedai makan Malaysia adalah Nur Malaysia yang berhampiran dengan D’ Saji.
Entah kenapa hampir setiap hari kebanyakkan sarapan pagi aku adalah roti canai dan teh tarik dari D’ Saji kerana bagi aku roti canai dan kuahnya sangat sedap, begitu juga dengan teh tarik.
Harga secawan teh tarik adalah SAR5, teh ais SAR8 dan roti canai SAR10 untuk set dua keping. Lain-lain makanan lain seperti nasi lemak, ayam goreng, mee goreng, mee hoon dan lontong adalah sekitar SAR20 - SAR25 bergantung kepada pilihan kita.
Pada kebiasaannya isteriku akan meminta samada mi hoon, mi goreng atau nasi kerabu yang terdapat di Nur Malaysia selain daripada makanan arab yang terdapat di kebanyakkan kedai.
Lebih teruk, sebaik sahaja sampai di Mekah dari Mina, tempat pertama yang aku pergi untuk makan adalah D’ Saji sehinggakan aku pernah maklumkan kepada staff yang menjaga air, teh tarik D’ Saji ini memang ‘berhantu’. Beliau hanya tersenyum apabila aku berkata sedemikian.
Semoga D’ Saji akan terus maju dan membantu jemaah yang datang terutamanya jemaah dari Malaysia.