- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 509
Perancangan ALLAH Yang Maha Hebat : Selamat datang puteri ku…
- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 509
9.00 pagi (25.11.11) : Baru keluar rumah untuk ke PPUM, rutin biasa ‘check up’ baby dalam kandungan. Itupun wife baru perasan yg sepatutnya ‘appointment’ adalah pada 24.11.11 (semalam). Call PPUM dan kami diminta untuk sampai ke sana sebelum jam 11 pagi.
‘Scan’ baby semua nampak normal, Alhamdulillah dan anggaran berat sekitar 2.65kg. Tak berapa besar dan tak berapa kecil. Kandungan masih dalam 36 minggu ++.
Dr Ali yang berasal dari Iraq menjadi consultant kami sejak 2-3 appointment yg lepas. Wife ambil kesempatan untuk berbual dalam bahasa Arab dan sesekali dalam bahasa melayu dan juga inggeris.
"Susah kalau dah lama tak practise", kata Dr Ali. Dr Ali melihat fail dihadapannya sambil membuat kiraan.
“Minggu depan, 2 Dec datang sini. Tapi saya cuti, nanti minta doktor buat ‘booking’ untuk ‘operation'”, katanya lagi.
Bermakna hanya minggu depan barulah boleh kami buat ‘booking’ bilik pembedahan dan wife meminta sekiranya pembedahan dapat dilakukan pada 12.12.11, sama tarikh dan bulan Muhammad Amna ‘Ariff; putera bongsuku. 10 hari awal dari tarikh yang dijangka.
Itu cerita pagi tadi …
Selepas solat Maghrib tadi, wife dah sibuk mengemas apa yang patut bagi persiapan menyambut baby. Aku pulak sibuk dihadapan Laptop. Tiba-tiba, kurang lebih jam 8.15 malam, wife yang duduk di bucu katil berasa tidak selesa lantas terus berdiri dan terus menjerit, Ya Allah!!.. air ketuban dan pecah. Aku bingkas bangun dan mengambil kain untuk dialas bawah kakinya. Memang air ketuban wife dah pecah. Menderu laju tanpa henti. Tanpa berlengah, aku terus bersiap tanpa banyak bicara. Wife hanya sempat tukar pakaian dan hubungi Ani. 8.40 malam aku bergerak dengan Kenari sambil berdoa kehadrat Ilahi agar perjalanan kami dipermudahkan.
Kereta dipandu laju dan kami diam seribu bahasa. Kedengaran wife membaca sesuatu. Lalulintas sangkut selepas Tol Subang tapi Kenari aku terus memejut laju. Memang Allah kabulkan permintaan kami. Tepat jam 9.00 malam, aku sampai di PPUM dan terus ke ‘Emergency’ Bangunan Wad Bersalin. Wife terus ditahan. Doktor memaklumkan yang air ketuhan wife telah habis keluar dan perlu dibedah sekarang.
10.10 malam, wife ditolak masuk ke bilik pembedahan. Aku sempat berjumpa dengan Wife, mohon maaf dan menangis. Aku menahan sebak. InsyaAllah Allah bersama kita.
11.52 malam – “Suami Rodziah Idris ….” kedengaran Nurse memanggil. Aku terkejut dari tidur-tidur ayam.
“Ini anak Encik .. tengok, lelaki ke perempuan?” tanya nurse.
“Ya Allah, inilah puteri aku … perempuan” kata aku.
“Ini arah kiblat … boleh Qamat kan”.
Selepas 8 tahun, inilah detik bersejarah bagi aku … ‘Qamat’ buat puteri bongsu ku yang mempunyai berat kira-kira 2.3 kg. Wife masih di ‘labour room’ sedang dijahit kembali perutnya .. aku perlu tunggu dalam sejam dua lagi.
1.30 pagi, 26.11.11 – wife telah keluar dari bilik pembedahan dan terus ditolak ke wad tingkat 6 sambil aku mengekorinya. Sebelum pulang aku sempat menjengok ‘puteriku’ di bilik baby. Comel sungguh…
2.15 pagi … aku bergerak balik ke rumah.
Pagi nanti, bermulalah episod aku dan Puteri bongsu kesayangan kami. Puteri ku tiba hampir sebulan awal dari tarikh yang dijangka Doktor. Tapi perancangan Allah lebih HEBAT.