- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 582
Orang berbudi, kita berbahasa
- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 582
"Nak cuci cermin belakang kereta encik?" tanya seorang kakitangan sebuah stesen minyak sebaik sahaja aku keluar dari kenderaan di salah sebuah stesen minyak di Lebuhraya Karak..
"Boleh juga". Aku menjawab ringkas sambil meleretkan kad debit bank di mesin pam dan seterusnya mengisi minyak RON95 kedalam tangki Exora aku.
"Eh, ini lencana sekolah kakak saya. Kakak saya belajar kat sekolah ni dulu". Kata adik itu lagi sebaik sahaja terlihat pelekat kenderaan yang tertulis nama dan logo EXSAS serta lencana SEMSAS di cermin belakang kereta aku.
"Ya, ini lencana SEMSAS Kuantan, sekolah saya juga. Kakak awak SPM tahun bila?. Tanya aku lagi.
"Saya tak ingat SPM tahun bila. Nama dia Humairah, sekarang dah ada 2 orang anak dan tinggal di kampung". Bersungguh adik itu memberitahu aku.
"Owh ok, sekejap yer. Ini ada sedikit duit raya untuk awak dan tolong sampaikan salam dan kad nama saya ini kepada kakak awak". Aku hulurkan sekeping sampul raya dan kad nama sambil mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau.
Tangki minyak dah penuh dan aku tinggalkan adik tu dalam keadaan dia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih pada aku. Semoga beliau dipelihara Allah.
Orang berbudi, kita berbahasa. Salam EXSAS.
Qisan88
Hidup Berjasa