- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 517
Terima Kasih Tuan Haji MSO sekeluarga
- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 517
4 Jun 2024 yang baru lepas aku berkesempatan (selepas tertangguh beberapa kali) untuk bertemu dengan salah seorang insan yang telah mencorakkan hidup aku sehingga sampai ke tahap sekarang. Selain dari itu, aku juga sebenarnya ingin menghadiahkan buku Panggilan Arafah 144H yang aku tulis kepada beliau atas jasa memulakan kisah perjalanan haji kami sebagaimana cerita aku dalam Bab 2.
Tuan Haji Mohd Shukri Omar atau MSO merupakan bekas pensyarah ketika aku di ITM Shah Alam (DTRP8992). Beliau juga adalah penyelia bagi matapelajaran Projek Kajian Akhir kami ketika di semester terakhir Diploma Perancang Bandar Dan Wilayah (Diploma in Town And Regional Planning - AP11).
Sebaik sahaja tamat pengajian pada penghujung tahun 1992, MSO telah menawarkan aku bekerja di firma beliau dan aku diberi tanggungjawab pertama untuk menyiapkan model Astana Golf Resort, Kuantan berukuran 6 kaki x 12 kaki.
Tidak terlintas dalam fikiran untuk berada didalam syarikat yang menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan bidang yang aku pelajari selama 3 tahun dahulu kerana aku lebih berminat untuk terus melakukan apa yang aku rancang sejak dari bangku sekolah dahulu. Namun peluang yang diberikan tidak boleh disia-siakan memandangkan aku perlu mengambil pengalaman tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan.
Astana Golf Resort telah siap dan Sultan Pahang pada ketika itu telah merasmikan pembukaannya bersama-sama dengan model yang aku buat. Bangga dan teruja.
Lebih kurang 12 bulan aku bekerja di firma MSO, aku nekad untuk mendaftar syarikat sendiri pada awal tahun 1993. Beliau menyokong dan bersetuju dengan tindakan aku.
Perniagaan yang aku bina sejak 1993 telah mencorakkan pelbagai cerita dan ragam. Jatuh dan bangun menjadi sebahagian dari kehidupan aku. Aku kembali berkhidmat untuk firma beliau pada tahun 1996 sebagai Pengurus Pentadbiran dan kembali menyambung syarikat sendiri pada tahun 1998.
Sehingga kini kami masih berhubung terutama sekali dengan bekas-bekas kakitangan beliau samada yang bersama aku (officemate) sekitar penghujung 90an ataupun mereka yang berkhidmat dengan beliau selepas aku kembali meninggalkan firma tersebut buat kali yang kedua.
Sebagai bekas kakitangan beliau sejak tahun 1992, kami saling mengenali diantara satu sama lain walaupun berbeza umur dan juga zaman kerana kami 'berbapakan' seorang majikan serta keluarga yang baik dan menjadi rujukan kami dalam apa juga hal sehinggalah sekarang.
Aku mendoakan agar Tuan Haji Mohd Shukri bin Omar dan Hajjah Roosinah binti Mohamad serta anak-anak beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dibawah rahmat Allah. Tiada yang lebih baik dari mendapat rezeki untuk mengenali beliau serta keluarga.
Walaupun aku tidak mempraktikkan apa yang aku pelajari semasa di ITM dahulu namun dengan jasa, didikan dan dorongan beliau, aku menjadi apa yang ada sekarang.
Hidup Berjasa
{gallery}blog/mso{/gallery}