- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 719
Panggilan 'Arafah 1444H : BAB 2 - 'Throwback 2008'
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 719
Masih segar dalam ingatan sekitar tahun 2008, tatkala kami bakal menerima bayaran pertama dari Tuan Hj. Rahasdin selaku perunding utama bagi sebuah projek.
“Aku nak mintak satu menda sebelum aku bagi cek ni. Aku nak korang daftar haji lepas payment ni clear, boleh?”
Begitulah lebih kurang ayat yang dilemparkan oleh beliau pada aku dan juga Warq yang diberi tanggungjawab bersama didalam projek tersebut.
Projek itu sendiri ada kisah yang menarik diantara kami dimana projek ini sebenarnya bermula pada ketika Hj Rahasdin sedang menunaikan ibadah haji pada tahun 2007. Sebab tu beliau sangat menekankan keperluan mendaftar haji ini kepada kami.
Semasa pendaftaran dibuat pada tahun 2008 dahulu, terasa lama lagi nak sampai ke tahun 2022. Tak terfikir langsung pada Rukun Islam yang ke 5 ini. Apatah lagi melakukan persediaan lain seperti mengikuti kursus dan juga menghadiri kelas-kelas haji yang dianjurkan samada oleh Tabung Haji, surau ataupun swasta.
Demi untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh ‘maincon’, maka kami pun mendaftarlah di Tabung Haji Cawangan Shah Alam.
Sebenarnya aku telah mempunyai akaun simpanan Tabung Haji sejak bujang lagi memandangkan Boss pertama aku, Encik Mohd Shukri Omar (MSO) telahpun mewajibkan semua staff beliau untuk membuka akaun tabung haji selepas beliau selamat pergi menunaikan haji sekitar tahun 1996.
Namun pada ketika itu, akaun tersebut hanyalah tempat aku menyimpan wang untuk dikeluarkan ketika aku nak memperbaharui insuran serta cukai jalan kereta dan bukan menyimpan untuk ‘menyerjakan haji’.
Sekarang semua urusan untuk daftar haji telahpun dipermudahkan serta sering dipromosi oleh Tabung Haji dan tiada sebab kita tidak tahu namun tempoh atau tahun menunggu juga telah menjadi semakin jauh memandangkan begitu ramai yang telah mendaftar.
Terima kasih Tuan Haji Rahasdin kerana telah menjadikan sebab untuk kami mendapat tawaran haji pada tahun ini. Terima kasih juga kepada Tuan Hj MSO.
Harus diingat, buka akaun simpanan Tabung Haji tak sama dengan mendaftar haji yer. Dua perkara yang berbeza sebab ramai yang keliru. Kepada yang belum mendaftar, jangan berlengah lagi. Ayuh segera ke cawangan yang berdekatan anda (kita promote la sikit).