- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 737
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 1 - Khabar Gembira.
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 737
22 Mac 2023 adalah satu tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh ribuan bakal haji yang telah mendaftar dengan Tabung Haji Malaysia kerana tawaran menunaikan haji pada tahun 1444H akan dikeluarkan kepada semua yang telah terpilih.
Aku, isteri (Rodziah) dan juga beberapa orang sahabat rapat adalah sebahagian daripada statistik tersebut dimana kami telah mendaftar sejak tahun 2007/2008 lagi dan jangkaan tahun menunaikan haji aku adalah pada tahun 2022 manakala isteriku adalah pada tahun 2021.
Sekitar jam 1.15 petang, 22 Mac 2023 aku telah menerima SMS yang memaklumkan bahawa aku telah mendapat tawaran mengerjakan haji bagi tahun 1444H. Berdebar dan gugup seketika.
Memang sejak tahun 2022 lagi selepas isteri mendapat tawaran haji 1443H, aku memang menyatakan yang aku tidak bersedia kerana beberapa perkara harus diselesaikan terlebih dahulu.
Boleh sahaja aku membuat rayuan, pastinya aku akan diterima untuk pergi bersama isteri sebagai mahram, namun aku memilih untuk tidak membuat rayuan, Justeru itu isteri terpaksa memohon penangguhan melalui surat bertarikh 23 Mei 2022.
Sejak itu aku memang tidak terfikir langsung untuk pergi menunaikan haji dalam masa yang terdekat walaupun aku pasti yang giliran aku akan tiba pada tahun 2023.
Selepas menerima SMS, baru aku sibuk memuaturun aplikasi THjari untuk memastikan yang SMS tersebut adalah benar dan juga bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai tawaran yang diberikan.
Alhamdulillah, aku telah ditawarkan untuk menunaikan haji dengan harga pakej RM15,980 (M40) dan perlu menjawab samada menerima atau menolak tawaran tersebut pada atau sebelum 31 Mac 2023. Namun isteri tidak mendapat tawaran walaupun telah membuat surat penangguhan pada tahun lepas.
Hati aku mulai terdetik, terasa bersalah kerana meminta isteri mengangguhkan hanya kerana aku tidak bersedia. Allahuakhbar!!, maafkan abang Yang.
“Yang, balik rumah pukul berapa petang ni? Kita kena bincang elok-elok pasal haji ni.”. Tanya aku pada isteri melalui panggilan telefon.
“Balik petang macam biasa, kita bincang malam ni la yer?” Balas isteri.
“OK, malam ni kita bincang”.
Sebelum ini aku memang ‘malas’ nak bincang pasal haji, tapi malam itu kami berbincang panjang lebar. Jika aku minta tangguh, entah bila lagi akan dapat tawaran. Sedangkan isteri mohon tahun lepas tapi tetap tidak ditawarkan pada tahun ini. Usia semakin meningkat dan kos unttuk mengerjakan haji juga semakin mahal.
Dapat info dari WA group, ramai sahabat XSAS88 yang turut mendapat tawaran termasuklah ‘partner’ aku kat Kalis Technology dulu. Alhamdulillah. Aku ambil pendekatan untuk tidak mewar-warkan dulu kecuali 1-2 orang sahabat terdekat.
“Abang akan call dan minta izin dari orang yang bagi hutang dulu samada mereka mengizinkan abang pergi atau tidak”. Maklum aku pada isteri agar tak nak nanti mereka berasa kecewa dengan tindakan aku. Hutang tetap hutang. Inilah antara sebab kenapa aku merasa berat untuk pergi ke Mekah samada untuk Haji ataupun Umrah.
Alhamdulillah, mereka mengizinkan dan kami pun bersepakat untuk aku menerima tawaran haji, segera untuk menjawab tawaran dan seterusnya membuat rayuan bagi isteri. Katanya mudah jika isteri merayu untuk pergi bersama suami untuk menunaikan haji. InsyaAllah semoga dipermudahkan.
Perbincangan berkisar tentang persediaan mental dan juga fizikal dan yang paling sukar adalah bagaimana nak meninggalkan anak-anak serta keluarga nanti.