- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 642
Panggilan 'Arafah 1444H : BAB 3 – Hati Dijentik Allah
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 642
Bagaikan ada suatu keajaiban bila hati aku secara tiba-tiba terdetik untuk menerima tawaran Tabung Haji ini. Dari mana datangnya kekuatan untuk aku mula berfikir tentang 1001 perkara yang selama ini membuatkan aku risau dan takut, aku sendiri tidak tahu.
Aku memang tidak pernah terfikir untuk ke Mekah dan juga Madinah. Tidak pernah berbicara tentang menunaikan umrah apatah lagi untuk mengerjakan Haji. Sebut sahaja Wukuf di ‘Arafah, aku telah terbayangkan tentang begitu ramai umat manusia dari seluruh dunia berhimpun dalam satu tempoh yang sama. Huh!!, tak mampu dan takut nak berfikir sebenarnya.
Aku juga sememangnya sejak dulu tidak mempunyai sebegitu banyak wang simpanan lebih-lebih lagi sejak 5 tahun kebelakangan ini kerana aku lebih fokus membayar hutang-hutang secara ansuran setiap bulan. Yang ada pun sekadar cukup makan membantu isteri bagi menyara kehidupan kami sekeluarga. Ye lah, walaupun berniaga sejak usia 21 tahun (1993) tapi tak kaya-kaya.
Ilmu dan pengetahuan mengenai Haji juga tidak lah banyak. Pernah sesekali aku mengikuti isteri menghadiri Kursus Haji di Surau Al Ansor, Seksyen 2 yang dianjurkan oleh Tabung Haji.
“Yang ini aku boleh study melalui buku dan juga Youtube” getus hati aku kerana ianya nampak macam mudah.
Kerja-kerja yang aku senang ‘handle’ kena siapkan sebelum berangkat. Segala hal berkenaan ID dan password website, bank dan sebagainya, perlu diserahkan kepada seseorang yang dipercayai. Ada 2-3 client aku terpaksa tangguhkan dulu ‘Transfer of Technology’ (training daaa..) selepas aku balik haji nanti. Yang penting website boleh ‘go live’, aku boleh claim dan menerima bayaran akhir.
Perkara yang paling penting dan utama sekali untuk aku dan isteri fikirkan adalah bagaimana kami hendak meninggalkan anak-anak agar mereka dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa masalah. Banyak persediaan kena buat terutama sekali adalah duit belanja anak-anak untuk selama lebih kurang sebulan setengah.
Anak sulung, sedang menyambung pengajian di utara tanah air. Kedua juga sedang belajar di Bangi dan mereka InsyaAllah ‘OK asalkan akaun bank mereka ada ‘isi’. Anak bongsu bersekolah di tahun 6 berhampiran dengan rumah dan ini yang memerlukan perhatian yang lebih.
Ada beberapa sesi berbicara antara emak dengan anak bongsu yang akhirnya kami putuskan dimeja makan sewaktu makan malam bersama. Selesai masalah apabila Kak Yah bersetuju untuk menjaga Qaisarah di rumah beliau yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Alhamdulillah dan terima kasih kerana memudahkan kami. Ya! Kami sangat terharu dan memanjat kesyukuran kehadrat Allah.
Selepas berfikir panjang akhirnya, kami telah bersetuju untuk menerima tawaran TH. Begitulah hebatnya kuasa Allah yang boleh mengubah makhluknya dalam sekelip masa. Jangan buruk sangka kepada Allah kerana perancangan DIA adalah lebih baik.