- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 618
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 4 - Passport Malaysia dan Saudi Visa Bio
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 618
Jumaat, 24 Mac 2023 aku dah mohon untuk ‘renew’ passport yang kali terakhir digunakan pada tahun 2014 semasa ke Beijing (ketika tragedi MH370) secara ‘Online’. Kami sebagai warganegara yang ‘baik’ telah membayar RM200 seorang untuk ‘renew’ walhal pihak imigresen ada menyediakan diskaun 50% kepada bakal-bakal haji 1444H.
Aku fikir bagi mengelakkan kesesakan kenderaan dan juga manusia, aku telah memutuskan untuk mengambil passport yang telah siap di Imigresen Cawangan Kuala Selangor pada 29 Mac 2023 (Rabu). Takpelah jauh sikit asalkan tak ‘jem’.
Proses perbaharui passport sangat lancar samada ketika permohonan secara ‘Online’ mahupun proses pengambilan passport kerana kami berjaya mengikuti segala syarat dan keperluan yang telah ditetapkan.
Sahabat-sahabat Haji 1444H masih kenal dengan gambar di sebelah? Masih tak boleh ‘move on’ igauan ngeri semasa proses Saudi Bio?
Aplikasi ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2021 bagi membolehkan pemohon visa Haji dan Umrah di Malaysia mendaftarkan bio-data mereka melalui telefon pintar, dan visa mereka akan dikeluarkan secara elektronik tanpa perlu mengunjungi pusat pengeluaran visa.
Ia telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2022 dan Arab Saudi menjadi negara pertama di dunia menggunakan teknologi pendaftaran biometrik melalui telefon pintar untuk pengeluaran visa elektronik (Petikan BHOnline: 22 Mac 2022).
Memang aku akui, proses Saudi Bio ini amat rumit dan memerlukan kesabaran tahap tinggi bagi menyelesaikannya. Namun aku telah ‘setkan’ dalam minda supaya banyak bersabar kerana ia adalah salah satu dari banyak dugaan yang bakal diberikan oleh Allah SWT keatas umatNya yang dipanggil ke ‘rumahNya’.
Dipanggil ‘kesana’ pun dah satu rahmat, jadi kita kena sentiasa berfikiran positif mulai sekarang sehinggalah selesai proses mengerjakan haji nanti.
Ramai di dalam group WA merungut kerana kesukaran menyelesaikan proses Saudi Bio. Bakal haji yang telah selesai, segera berkongsi cara-cara yang boleh digunapakai umtuk diikuti oleh jemaah yang lain. Ada yang kena tukar handphone, tambah pencahayaan, buat pada waktu siang dan pelbagai cara lain yang dicuba.
Ada yang terus berjaya, ada yang langsung tidak berjaya sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh bakal haji dan hajah.
“Istighfar banyak-banyak wahai bakal haji dan hajjah, dugaan dari Allah tu nak menguji dan mempamerkan diri kita yang sebenar”. Tegur salah seorang ahli group WA.
Aku tersenyum membaca pelbagai gelagat sahabat-sahabat bakal haji di dalam WA group.
Proses Saudi Bio isteri juga aku selesaikan dengan jayanya. Dapat email notifikasi dari sistem, aku terus cetak dan simpan di dalam fail khas bagi kegunaan proses yang seterusnya nanti.
Secara dasarnya aplikasi ini sebenarnya telah banyak membantu dalam urusan permohonan Visa ke Arab Saudi. Cumanya pengguna mestilah menggunakan ‘device’ yang sesuai dan boleh di ‘support’ oleh sistem.
Antara lain yang perlu diambil perhatian adalah kamera handphone mestilah yang mempunyai ‘auto focus’, jika tidak sistem tidak akan dapat menyalin cap jari ke dalam sistem. Selain daripada tu faktor pencahayaan juga amat penting terutama semasa mengambil gambar ‘selfie’ anda sendiri.