- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 357
Air Tangan Pertama Yang Hilang
- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 357
2 Ogos 2024 - Sayu apabila 'kehilangan' website yang pertama aku buat dalam hidup. Mula dengan bertatih, membaca buku html berbahasa melayu dan belajar dari sahabat yang bukannya mudah bagi bukan ahlinya. 3 bulan tempoh masa diambil untuk kurang lebih 10 mukasurat dalam keadaaan tiada siapa yang sudi untuk menggalas tugasan tersebut. Aku cabar diri tanpa sedari.
Telah puas berharap dan mencuba namun akhirnya hilang dibawa angin yang dingin. Tiada sekelumit balasan yang sampai seolah tiada kepentingan. Banyak tenaga dan masa diberikan untuknya namun akhirnya sia-sia. Ya, aku tak boleh buat apa-apa kerana aku berada di daerah yang berlainan. Redho dan pasrah dengan ketentuan yang sangat sukar aku sendiri gambarkan.
Esok, satu lagi website yang aku bangunkan dengan keringat sejak 27 September 2019 bakal berkubur. Aku pasrah dalam kenangan.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Azhar Aziz
Hidup Berjasa