- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 332
Selamat berhijrah ke negeri abadi sahabat kami - Ahmad Fauzi Bin Abu Kasim
- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 332
Jam 10.29 malam, 3 Januari 2025 aku menerima pengkhabaran dari Bro Cha yang memaklumkan bahawa abang ipar beliau, Ahmad Fauzi Abu Kasim yang juga sahabat kami telah pergi buat selama-lamanya. Luluh hati dan terdiam seketika. Arwah Fauzi yang sangat ceria dan banyak bercakap tatkala bertemu dengan kami pada minggu lepas kini telah tiada. Banyak memori silam telah dikisahkan kembali oleh beliau sambil kami tertawa beramai-ramai.
Siapa sangka, itulah detik terakhir beliau bersama kami. Allahuakhbar ..
Pagi ini aku dan 11 orang lagi sahabat lain bersama jiran sekampung arwah berkesempatan untuk mengiringi perjalanan terakhir beliau. Aku percaya, ramai lagi yang ingin turut serta namun kekangan waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan.
Terima kasih kepada sahabat yang sempat mengiringi arwah pagi tadi dari masjid hingga ke liang lahad. Terima kasih kepada semua sahabat yang mengiringi doa dan ingatan kepada beliau. Kita redho beliau pergi meninggalkan kita namun kenangan dan kisah arwah bersama kita akan tetap tersemat didalam hati dan sanubari sampai bila-bila.
Alhamdulillah segala urusan beliau dipermudahkan. Kita sempat hadir bertemu arwah dengan membawa harapan agar beliau dapat kembali sihat. Namun perancangan Allah itu lebih baik dan mendahului kita.
InsyaAllah sumbangan yg kita kumpul akan disalurkan sepenuhnya kepada keluarga arwah. Biarlah mereka gunakan sebaiknya samada untuk arwah dan juga keluarga.
Selamat berhijrah ke negeri abadi sahabat kami - Ahmad Fauzi Bin Abu Kasim. InsyaAllah kami akan menyusul kemudian nanti.
Hidup Berjasa
SEMSAS 1984-1988