- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 683
Panggilan 'Arafah 1444H : BAB 7 - Penyerahan Passport Malaysia (PM)
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 683
Dalam pada sibuk memikirkan persiapan haji kami, tanpa disedari Hari Raya Aidilfitri semakan hampir tiba. Kami sedia maklum bahawa Passport Malaysia perlu diserahkan kepada pihak Tabung Haji sebelum atau pada 29 Mei 2023. Lambat lagi …
Namun urusan kami telahpun selesai awal dan akhirnya pada 17 April 2023 kami telah serahkan Passport Malaysia kepada Tabung Haji Shah Alam bersama 4 keping gambar berukuran passport dan juga satu salinan pengesahan penerimaan permohonan Saudi VisaBio.
Passport ini nanti akan dikembalikan kepada pemiliknya sejurus sebelum berlepas ke tanah suci iaitu sewaktu proses check in di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA. Pegawai TH mengingatkan supaya ambil gambar dulu sebelum membuat penyerahan passport just in case berlaku perkara luar jangka. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan.”
Alhamdulillah, proses awal telah selesai dan kami bakal meraikan Aidil Fitri pada tahun ini dengan tenang. Kami hanya perlu menunggu dengan sabar jadual penerbangan selain daripada memikirkan tentang bagasi kami untuk 47 hari di tanah suci yang akan datang.
Tanggal 23 April 2023, kami menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama ayahanda dan bonda di Kuantan dan sehari sebelum lebaran aku, membeli ‘Kopiah Tingi’ di Serambi Teruntum. Inilah kopiah yang aku bawa ke tanah suci dan menjadi bualan dikalangan jiran dan sahabat tentang ketinggian kopiah tersebut. Aku hanya tersenyum.
Seronok bercampur gementar kerana memikirkan tentang persiapan kami untuk menunaikan haji. Kami bakal sibuk selepas ini. Banyak pakaian dan peralatan nak kena beli memandangkan kami tidak pernah membuat umrah sebelum ini. InsyaAllah semoga dilindungi dan dipermudahkan segala urusan kami oleh Allah swt.