- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 740
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 9 - Persediaan, barang apa nak bawa?
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 740
Sebelum ini aku memang menggunakan Bank Islam untuk akaun syarikat, namun beberapa bulan yang lepas aku telah bertukar ke bank lain dan bercadang untuk menutup terus akaun lama tersebut.
Tapi perancangan Allah tu lebih baik kerana akaun tersebut masih lagi aktif dan aku boleh menggunakannya semasa di Mekah dan Madinah nanti. Cuma aku perlu bertukar jenis kad dan mengaktifkan transaksi antarabangsa selama kami berada di sana. Selesai satu perkara yang penting. Takkan nak bawa cash selama 47 hari disana kan.?
Selain daripada akaun bank, kami juga perlu menukar matawang Ringgit Malaysia kepada Saudi Riyal. Maka perkongsian tentang money changer mula berterabur di group wassup kami. Paling berbaloi katanya disebuah money changer di dalam Mid Valley, Kuala Lumpur. Aku tunggu dan masih survey lagi.
Akhirnya pada 8 Mei 2023, aku membuat pertukaran pertama di sebuah money changer di Meru. Dapatlah 1000 riyal = 1233 Ringgit Malaysia. Aku pasti jumlah RM akan terus meningkat apabila musim haji semakin hampir. Aku bercadang untuk membawa sekurang-kurangnya 1000 Riyal lagi sebagai tunai dan selain daripada itu aku akan menggunakan kad Bank Islam.
Terima kasih Tabung Haji kerana telah menyediakan senarai barang-barang wajib yang perlu dibawa ke tanah suci selama proses haji berjalan. Jika ditanya kepada kenalan yang telah mengerjakan haji, jawapan yang akan diterima perlu di‘tapis’ dahulu mengikut kesesuaian diri sendiri.
Kami yang newbie ni menjadi semakin pening apabila melihat pelbagai senarai lain yang turut dikongsi oleh sahabat-sahabat bakal haji di dalam group wassup. Maka bermulalah proses untuk menyediakan semua peralatan dan pakaian yang perlu termasuklah stok makanan segera ataupun frozen food.
Kami bermula dengan mencari ‘beg besar’ yang kami tiada serta jarang guna. Kak Yah pernah mengerjakan haji dan beliau ada sebuah beg besar dan sudi untuk memberi pinjam. Jadi kami hanya perlu membeli sebuah sahaja lagi beg besar.
Selain daripada itu Tabung Haji ada menyediakan 2 buah beg untuk kegunaan bakal haji iaitu sebuah beg tarik yang berkapasiti 5 kg dan sebuah beg sandang sebagai hand luggage. Cuma kedua-dua beg tersebut masih belum diagihkan untuk bakal haji yang mendaftar di Shah Alam. Ini antara faktor mengapa kami lambat packing (alasan).
Kami mula survey kedai-kedai yang menjual barangan haji dan umrah berdekatan. Memang banyak dan yang paling dekat adalah di Setia Alam. Belian pertama habis juga RM600 lebih untuk kain ihram, tali pinggang, jubah, t-shirt dan juga seluar jerut serta beberapa barang kecil yang lain.
Aku juga mula mencari barangan sampingan lain seperti selipar, power bank, soket/adapter dan kipas tengkuk yang boleh dibeli di kedai online kerana banyak plihan dan murah.
Semua barangan yang kami beli akan dikumpulkan di sebuah bilik dan tidak terus disusun didalam beg. Semakin hari semakin membukit dan setiap kali melihatnya, kami akan mulai risau.
Akhirnya pada 16 Mei 2023 isteri ke Tabung Haji Shah Alam untuk mengambil beg ‘merah’ yang disediakan oleh Tabung Haji. Bersama itu juga kami dibekalkan dengan beberapa barang lain seperti botol spray air, vitamin C, tuala muka dan juga penutup muka. Semua barangan tersebut adalah sumbangan dari rakan penaja kepada Tabung Haji. Terima kasih kepada semua penaja.
Episod menyusun barang-barang di dalam beg pun bermula yang akhirnya selesai hanya sehari sebelum kami berlepas. Suatu tempoh packing barang paling lama dalam sejarah kami berdua.
Kami juga dinasihatkan untuk tidak membawa banyak barang, cukup sekadar keperluan asas sahaja kerana berkemungkinan besar kami akan membeli beberapa barang disana nanti.
Lain-lain persediaan yang kami buat adalah memastikan akaun bank anak-anak diisi dengan sejumlah yang cukup untuk tempoh 47 hari serta membuat pembayaran bil lain yang perlu untuk bulan Mei dan Jun.
Kerja-kerja sediada dibawah seliaan aku semua telah diagihkan kepada orang lain supaya ianya tidak terganggu dan boleh diteruskan seperti biasa. Yang lainnya boleh tunggu sehingga kami balik pada 20 Julai 2023 nanti.
Bersambung ...