- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 665
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 11 - Terima kasih 4's, HPCS, sahabat dan jiran
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 665
Tarikh penerbangan kami iaitu pada 4 Jun 2023 semakin hampir dan begitu juga dengan persiapan kami yang Alhamdulillah nampak seiring. Ramai mengambil peluang untuk bertemu dan meraikan pemergian bakal-bakal haji dan hajah ke tanah suci. Masjid Ar Raudhah, U10 tidak ketinggalan dengan menjemput semua bakal haji ke Program Meraikan Bakal Haji dan Hajah pada 13 Mei 2023.
Begitu juga dengan Surau Raudhotul Firdaus, Alam Budiman yang menganjurkan majlis doa selamat, solat hajat, pemberian sumbangan serta jamuan makan pada 17 Mei 2023. Sempat juga bertemu dengan jiran-jiran lain yang turut dijemput ke tanah suci pada tahun ini.
Terima kasih kepada semua ajk masjid serta surau yang telah menganjurkan majlis untuk meraikan pemergian kami serta terima kasih atas sumbangan barangan dan juga kewangan yang telah diberikan. Kami sangat menghargainya.
Terima kasih kepada keluarga 4’s, yang terdiri dari 4 buah keluarga yang sangat rapat dengan kami sejak 2007 yang akan membantu tengokkan rumah serta anak-anak jika mereka pulang ke rumah ketika cuti semesta nanti.
Terima kasih kepada seluruh keluarga HPCS yang telah menganjurkan doa selamat dan jamuan makan di pejabat serta memberikan sumbangan berupa wang tunai kepada kami. InsyaAllah segala doa dan pesanan akan kami sampaikan nanti.
Tidak lupa sahabat-sahabat yang datang ke Alam Budiman untuk ‘mengeteh’ sebelum kami berangkat. Ramai yang mengirimkan doa serta infaq untuk disampaikan kepada mereka yang layak menerimanya ketika kami berada di Mekah dan juga Madinah nanti.
Kami tidak bercadang untuk mengadakan apa-apa majlis sebelum pemergian kami ke tanah suci kerana kami akan mengadakan majlis kesyukuran sekembalinya kami nanti, InsyaAllah. Terima kasih kepada jiran-jiran terdekat yang turut hadir kerumah untuk bertemu serta meraikan kami.
Ramai juga yang menghubungi kami melalui panggilan telefon dan juga whatsapp atas faktror jarak dan juga kerana tidak berkesempatan untuk bertemu.
Terima kasih kepada semua atas doa dan ingatan kepada kami. Semoga Allah swt jualah yang dapat membalas segala budi baik yang telah diberikan kepada kami.
Bersambung ...