- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 591
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 18 - Bang Chik Life belanja makan
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 591
Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempurna dan lebih baik berbanding perancangan yang dibuat oleh manusia.
7 Jun 2023. selepas solat asar kami telah berjanji dengan salah seorang kenalan untuk sama-sama melawat isteri beliau yang dimasukkan ke wad seminggu yang lalu. Kami berjumpa di Al Safwa Tower sebelum mengambil teksi berhampiran Hotel Makarem untuk ke Al-Noor Specialist Hospital yang terletak kira-kira 5.4km iaitu sekitar 10 minit perjalanan dengan kenderaan.
Isteri kenalanku ditimpa kemalangan sewaktu sedang berkumpul di lobi hotel untuk membuat Umrah wajib tempohari. Keadaan beliau stabil cuma tulang kakinya retak dan memerlukan pembedahan. Kebetulan kenalanku cuba meminta bantuan Bang Chik untuk maklumat kes isterinya supaya beliau boleh berbuat sesuatu.
Kami sampai diwad dan tidak mengambil masa yang lama untuk melawat isteri beliau kerana kami bercadang untuk kembali semula ke Masjidil Haram sebelum maghrib.
Aku menunggu di perkarangan tempat letak kereta dan apabila beliau sampai kami menerima suatu perkhabaran yang gembira kerana Bang Chik Life akan bertemu dengan beliau di sini sebentar lagi. Allahuakhbar tergamam aku seketika.
Bang Chik Life adalah seorang Vloger Malaysia yang menetap di Mekah kerana isteri beliau bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Mekah. Beliau banyak membuat perkongian video dan maklumat berkaitan dengan Mekah dan sekitarnya. Video beliau viral dan mendapat tontotan dan follower yang ramai terutama dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Sebelum ke Mekah, isteriku ada menyebut nama beliau sambil berkongsi video-video tentang Mekah dan aku mula mengenali beliau sejak itu. Kenalanku memang salah seorang follower beliau dan tidak sangka juga Bang Chik Life setuju untuk bertemu selepas bercerita tentang musibah yang beliau hadapi.
Kami menunaikan solat maghrib di Masjid Hospital Al Noor yang terletak diperkarangan tempat letak kereta berhampiran dengan bangunan utama. Masjidnya cantik dan sangat selesa. Selesai solat kami terus ke perhentian bas yang terletak dihadapan hospital dan tidak lama selepas itu, kelihatan Bang Chik turun dari bas dan terus bertemu kami.
Kebetulan kenalanku ada menyebut tentang sebuah restoran masakan siam semasa didalam perjalanan ke hospital tadi dan tanpa berlengah Bang Chik terus bersetuju untuk mengajak kami makan disitu. Alhamdulillah niat kami dimakmulkan oleh Allah.
Kami berempat menaiki teksi dan berhenti di Malaysia Food restaurant yang tidak jauh dari hospital. Bang Chik belanja kami makan dengan lauk ikan kerapu stim, daging masak merah dan sup. Makanan yang disediakan sangat sedap dan banyak. Terima kasih Bang Chik kerana belanja kami.
Sekitar jam 9.15 malam kami mengambil teksi untuk kembali ke Masjidil Haram memandangkan Bang Chik ada temujanji dengan seeseorang disana dan kami pula perlu pulang ke hotel. Kami berpisah di Al Safwah Tower selepas mengharungi kesesakan manusia yang baru keluar dari masjid selepas menunaikan solat isyak.
Dalam kesesakan tersebut aku dapati ramai yang menegur Bang Chik kerana mereka kenal dan mengikuti video di saluran youtube beliau. Bang Chik pun sangat ramah membalas setiap teguran mereka. Sesuatu yang mengujakan kami.
Terima kasih Bang Chik Life, teruskan berkarya dan berkongsi info. Semoga bertemu lagi. Zass!!!
https://www.youtube.com/@BangChikLife