- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 600
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 20 - Umrah kali ke 2 (10 Jun 2023)
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 600
Alhamdulillah, Setelah 7 hari berada di Kota Mekah kami masih diberikan kesihatan yang baik serta mempunyai banyak masa untuk melakukan ibadat sebelum sampainya Hari Wukuf iaitu kira-kira 17 hari lagi (27 Jun 2023).
Pada hari ini kami bersama pasangan roommate masing-masing iaitu seramai 10 orang akan melaksanakan umrah buat kali yang kedua. Untuk itu kami bercadang untuk miqat di Masjid Aisha, Taniem yang berada sekitar 18 kilometer di luar kota Mekah. Kami bertolak dari hotel dengan berpakaian ihram sekitar jam 2.00 pagi dengan sebuah van teksi yang telah ditempah sebelumnya.
Aku sangat terpesona dengan pemandangan persekitaran walaupun pada jam 2.00 pagi kerana kelihatan masih ramai jemaah sedang berjalan ke destinasi masing-masing.
Kali pertama kami berada di luar Kota Mekah bersama Saudara Khairul sebagai pemandu sangat mengujakan. Beliau sangat peramah dan banyak memberikan info-info menarik disepanjang perjalanan. Pada masa ini timbul pula cadangan untuk membuat lawatan ke Taif. Wah!! tentu seronok.
Sewaktu kami sampai, jemaah yang sama-sama bermiqat pada masa itu tidaklah ramai dan tidak begitu sibuk. Kami menunaikan solat sunat ihram dan seterusnya berniat ihram sebelum menaiki van semula. Sekitar jam 3.00 pagi kami bergerak keluar dari Masjid Aisha.
Kami sampai di Masjidil Haram dan masuk melalui pintu 79 untuk melakukan tawaf sebanyak 7 pusingan di dataran Ka’abah. Kami selesai solat sunat tawaf dan seterusnya menunggu waktu subuh diluar dataran Ka’abah. Selesai solat subuh, kami melaksanakan Saie dan seterusnya selesai bertahalul (bercukur) sekitar jam 7.11 pagi.
Seperti kali pertama dahulu, ramai jemaah yang menumpang gunting kami untuk bertahalul dan dengan senang hati kami cuba membantu apa yang terdaya.
Kami keluar dari masjid sekitar jam 7.30 pagi dan terus kembali ke hotel untuk berehat. Alhamdulillah Allah permudahkan umrah ke 2 kami dengan sebaik-baiknya.
Tengahari itu, isteriku bersama roommate beliau menunaikan solat zohor di masjid manakala aku sekadar berehat dan menunaikan solat di hotel sahaja.