- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 612
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 21 - Ais krim dan air tebu
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 612
Cerita mengenai ais krim dan air tebu di Mekah dan Madinah memang menjadi perbualan hangat semasa di Malaysia lagi terutama mereka yang pernah melaksanakan haji mahupun umrah.
Apabila sampai disini, kami dapati semua cerita mengenainya adalah benar belaka. Secara asasnya, dapat menjamu ais krim dan air tebu semasa cuaca yang panas adalah sesuatu nikmat yang tidak boleh disangkal lagi.
Dengan harga 10riyal bagi secawan ais krim dan 5riyal bagi sebotol air tebu sebenarnya agak mahal berbanding dengan di Malaysia, namun kebanyakkan jemaah tetap mahu menikmatinya.
Terdapat banyak kedai, kioks dan lori diserata tempat terutama dikawasan tumpuan orang ramai yang menjual pelbagai jenis ais krim samada dari segi bentuk mahupun perasa.
Sesuatu yang unik mengenai kedai yang menjual air tebu adalah bentuk mesin yang digunakan tidak pernah aku lihat di Malaysia. Batang tebu dimasukkan kedalam satu lubang yang berada di bahagian atas mesin manakala air tebu yang diperah akan keluar dari bahagian bawah mesin. Walaupun mereka tidak meletakkan ais ketul, namun air tebu tersebut tetap sejuk pada permulaannya.
Seperkara lagi disepanjang aku berada di Mekah dan juga di Madinah, kedai yang menjual ais krim dan air tebu ini akan dibuka hampir 24 jam. Aku dan isteri pernah duduk dibangku tepi jalan sambil menikmati kelazatan ais krim sebaik sahaja selesaikan menunaikan solat subuh.
Begitu asyik sekali ..