- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 561
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 22 - Kucing oh kucing
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 561
Salah satu tajuk yang tidak boleh aku abaikan didalam penulisan ini adalah berkenaan dengan kucing. Memang aku serta keluarga sebagaimana ramai sahabat-sahabat aku yang lain menjadi sebahagian daripada peminat si bulus sejak dari kecil lagi. Kucing pertama aku semasa kecil bernama Mat dan berwarna putih. Manakala kucing pertama isteri aku bernama Oyen yang sudah semestinya berwarna oren. Ketiga-tiga anak kami juga telah dibiasakan dengan kucing sedari kecil lagi.
Buat masa sekarang dirumah, kami memelihara 2 ekor kucing biasa bernama Oyen dan Mochi yang berumur sekitar 5 tahun. Sepanjang kami mengerjakan haji ini, ‘mereka’ tinggal di sebuah ‘hotel’ berhampiran dengan rumah kami memandangkan tiada siapa yang boleh menjaganya dirumah.
Kebiasaannya walau dimana sahaja kami pergi dan berjumpa dengan kucing jalanan, kami akan cuba untuk ‘bertegur sapa’. Aku rasa semua pencinta kucing juga akan berbuat sedemikian.
Diantara barang-barang yang kami bawa selain dari pakaian dan peralatan, isteriku juga ada membawa sedikit makanan kering kucing yang telah siap dibungkus kecil supaya ia senang dibawa pada bila-bila masa. Memang ada dijual terutama dipasaraya besar namun harganya agak mahal juga.
Sebaik sahaja kami keluar dari hotel pada hari pertama untuk melaksanakan umrah wajib tempohari, isteriku sudah siap membawa makanan untuk kucing-kucing jalanan yang banyak berkeliaran.
Kucing jalanan yang kami jumpa kebanyakkan kurus dan garang. Mereka hidup secara berkumpulan dan ada juga yang berasingan. Biasanya kucing-kucing ini akan menghampiri sesiapa sahaja yang lalu untuk meminta makanan atau minuman.
Kelihatan ramai yang menghulurkan makanan kepada kucing-kucing jalanan ini dan aku rasa tiada yang akan mati kebuluran kerana kekurangan makanan. Ada 2 kejadian yang menarik diantara isteriku dan juga kucing yang ada di Kota Mekah.
Kedua-dua kejadian berlaku di Masjid Aisha, Taniem ketika kami sedang bermiqat. Semasa kali pertama dahulu iaitu pada 10 Jun 2023, isteriku terjumpa dengan 3 ekor anak kucing yang baharu lahir sedang menyusu dibadan ibunya.
Sebulan berikutnya iaitu pada 10 Julai 2023 ketika kami miqat untuk umrah kali ke 3 dan sebelum bertolak ke Madinah, isteriku terjumpa semula 3 ekor anak kucing tersebut yang telah besar dan sedang bermain-main di celah kabinet tempat letak selipar.
Kejadian kedua berlaku sebaik sahaja kami selesai solat sunat umrah iaitu seekor kucing sedang asyik minum air melalui penutup botol air mineral yang isteriku berikan. Nampak kehausan sangat gayanya.
Seronok bila sesekali melayan perangai kucing-kucing jalanan yang berada disekitar kita. Semoga kebaikan yang kita berikan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt.