- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 570
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 23 - Tawaf Sunat dengan skuter
- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 570
Seawal jam 2.07 pagi, 15 Jun 2023 kami telah bergerak dari hotel menuju ke masjid. Seperti biasa didalam perjalanan, kami menyantuni kucing-kucing jalanan dengan memberikan makan kepada mereka.
Sekitar jam 6 pagi kami telah selesai bersarapan di Safwah Tower dan menjamu mata dikedai-kedai pakaian yang ada disekitarnya. Melihat dan berkira-kira apa lagi yang mahu dibeli sebagai kenang-kenangan nanti.
Hari ini kami bercadang untuk melakukan tawaf sunat dengan menaiki skuter. Berdasarkan pengalaman sahabat yang pernah menggunakannya, ia agak seronok dan ia satu pengalaman yang baru buat kami.
Sekitar jam 7.30 pagi kami keluar dari Al Safwah Tower dan terus menuju ke Ajyad Bridge bersebelahan dengan King Abdulaziz Gate. Ramp ini membolehkan para jemaah terus naik ke tingkat 2 atau boleh juga ke Al Salam Gate melalui jambatan (overhead bridge) yang disediakan.
Masuk sahaja ke kawasan tawaf, belok ke kanan dan akan berjumpa laluan ramp untuk ke tingkat mezzanine (tingkat 3). Sebelum masuk ke ramp, terdapat kaunter untuk menempah skuter dan seterusnya membuat pembayaran. Berikut adalah harga yang ditawarkan.
Skuter 1 tempat duduk
Saie = 57.50
Tawaf = 57.50
Tawaf + Saie = 115.00
Skuter 2 tempat duduk
Saie = 115.00
Tawaf = 115.00
Tawaf + Saie = 230.00
Jam 7.51 pagi kami telah bersedia untuk memulakan tawaf sunat dengan menggunakan skuter. Pada waktu ini, keadaan persekitaran masih agak lengang dan tidak terlalu sibuk.
Alhamdulillah, skuter yang kami gunakan tiada apa-apa masalah dan baterinya pun penuh. Tidak sukar untuk mengendalikan skuter ini, hanya pegang handle dan tarik pendikitnya (throttle). Pergerakannya tidak laju dan boleh dikawal dengan mudah.
Kami bergilir-gilir mengendalikan skuter sambil berhenti beberapa ketika untuk melakukan solat sunat tawaf, berdoa dan juga mengambil gambar. Sesekali para petugas meminta kami beredar supaya tidak menggangu jemaah lain.
Untuk menghabiskan 7 pusingan tawaf, tempoh yang diambil hanya diantara 30-40 minit sahaja namun disebabkan kami tidak tergesa-gesa, ada kalanya kami mengambil masa hampir satu jam.
30 minit sebelum masuk waktu zohor (jam 12.22pm), kami bercadang untuk berhenti dan bersedia untuk solat namun apabila petugas dikaunter mencadangkan agar kami teruskan sehingga azan zohor, maka kami pun mengambil cadangan beliau. Kami teruskan perjalanan dan sebaik sahaja azam zohor berkumandang, kami berhenti ditempat tersebut dan terus menunaikan solat zohor.
Akhirnya sekitar jam 12.45 tengahari, kami pun berhenti dan memulangkan skuter kepada petugas dikaunter. Hampir 5 jam menggunakan skuter, Alhamdulillah kami dapat menghabiskan 4 set pusingan tawaf dengan hanya sebuah skuter.
Untuk jemaah yang menyewa skuter untuk melaksanakan tawaf dan saie, aku sarankan agar mereka buat beberapa set pusingan tawaf dahulu mengikut kemampuan dan barulah menghabiskannya dengan saie kerana sebaik sahaja anda keluar dari pintu saie, anda tidak dibenarkan lagi untuk melakukan tawaf semula.