- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 323
Kongsi Cerita C19 - Bahagian 01
- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 323
29 November 2021 (tengah malam)
"Encik Azhar, saya nak bagi ubat yer".
Aku terus tersedar dari tidur apabila dikejutkan oleh cik misi sekejap tadi. Jam telah menunjukkan ke angka 12.30 tengah malam. Dalam mamai tadi baru aku sedar yang aku sekarang berada di dalam wad (9D) Hospital Sg Buloh. Selepas 3 hari kurantin di rumah, aku dah rasa tak selesa akibat cirit-birit yang agak merimaskan serta demam yang tidak kebah.
Petang tadi, Doktor terus melakukan pemeriksaan terhadap paru-paru dan juga mengambil sampel darah serta memasukkan air ke dalam badan aku. Ada sedikit tompokan pada paru-paru katanya. Selepas berehat seketika di katil sementara, aku di minta oleh Cik Misi untuk terus ke wad. Arghhh, terus tak keruan dan terbayang yang aku tak sempat memberikan apa-apa pesanan kepada isteri aku.
Adakah aku akan sempat kembali ke pangkuan keluarga dan sahabat? Seribu persoalan terus bermain di benak fikiran aku sambil aku melangkah longlai menuruti Cik Misi bersama 2-3 orang pesakit yang lain ke wad.
Ya Allah, lindungi hamba mu yang lemah ini ..
Bersambung. ...