- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 383
Kongsi Cerita C19 - Bahagian 02
- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 383
29 November 2021, Jam 3.30pm
"Encik Azhar, kami nak pindahkan encik ke wad 43, wad kusta petang ini yer. Minta bersiap dalam jam 3.30 petang."
Alhamdulillah, paru-paru OK, darah tak berapa OK, tapi oksigen OK. So boleh pindah ke wad terbuka di PKKN. Katanya wad ni macam asrama (untuk pesakit kusta dulu-dulu). Tak kisahlah asalkan aku cepat boleh discaj. Perjalanan menggunakan bas coaster bersama 5 orang pesakit yang lain hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Selesai 'check in' aku diberikan katil nombor 4 berhampiran dengan tingkap.
Disebelah kiri aku ada seorang bro yang sama-sama positif C19 dan dibelah kanan ada seorang bro yang positif C19 bersama diabetis, darah tinggi dan juga kencing manis. Jari kaki pun dah kena potong sebelah.
Maka bermulakan episod 'struggle' aku dalam mengharungi detik-detik sebagai pesakit C19. Setiap 6 jam aku terpaksa menelan panadol untuk 'kebah' kan demam. Kerap terjaga dari tidur terutama pada waktu tengah malam. Bangun untuk ke tandas, kencing dan terus cirit-birit. Terasa lemah dan 'kosong'.
Paginya selepas terjaga dari tidur, terus telan panadol lagi dan tunggu sehingga jam 9.00 pagi untuk pemeriksaan rutin oleh Cik Misi (check BP, oksigen dan juga suhu). Sarapan pagi dari menu hospital tak boleh masuk tekak apatah lagi makan tengahari dan juga makan malam. Apa sahaja yang aku makan semuanya tiada rasa. Cuba juga menjamah biskut dan roti yang ada di pantri, namun semuanya gagal. 'Confirm' deria rasa dan bau dah hilang. Tiada selera makan ...
Aku 'menjerit' sekuat hati, terasa mahu menangis dan meraung, namun aku tahan sambil beristigfar.
Akhirnya, aku hanya beralaskan air supaya tidak lapar selama 3 hari berturut-turut sehingga 1 Disember 2021.
Bersambung...