- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 397
Kongsi Cerita C19 - Bahagian 03
- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 397
2 Disember 2021 (Khamis)
Pagi ni badan terasa lain macam sikit sebab tak berapa panas seperti biasa. Aku cuba bertahan untuk tidak menelan panadol.. lagi. Tekak terasa nak makan tapi menu pagi ini kurang memberangsangkan (mee hoon). Kali ni aku tekad untuk makan... maggi. Ye stok maggi memang banyak kat patri. Pilih je nak perasa apa. Pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa lebih kurang jam 9 pagi.
"Suhu Encik Azhar 37.6. Oksigen 95 dan tekanan darah OK."
"Misi, result darah saya malam tadi macamana yer?"
"owh.. itu kena tunggu doktor yang masuk kejap lagi .. nanti encik tanya yer"
Setiap malam ambik darah, tapi result masih 'belum cantik'. Diawal aritu, katanya platlet rendah. Takut terkena denggi pulak. Aku pasrah aje lah .. doktor yang lebih tahu. Setiap hari ada 2 sesi pengumuman (pagi dan petang) oleh misi bertugas untuk memaklumkan siapa yang dah boleh balik aka 'merdeka'. Hari ni seramai 16 orang boleh balik (paling ramai so far). Tersenyum kambing semuanya. Alhamduilllah bagus untuk dorang.
"Encik Abdul Razak katil nombor 34, Encik Siva katil nombor 24, Encik Wong katil nombor 19 boleh balik. Tunggu surat atau ubat baru boleh balik yer "
Nama yang tak dipanggil bermakna belum boleh balik. Ada yang tak puas hati, katanya dia OK tapi kenapa tak boleh balik. Aku senyum je melihat adegan yang berlaku didepan mata.
"Darah pakcik masih belum OK. Bila-bila saja pakcik boleh tumbang dan kena balik sini ... 'kalau sempat'". Uish.. seram aku dengar penjelasan misi tu pada pakcik Tg karang.
3 - 5 Disember 2021 (Jumaat - Ahad)
Rutin harian seperti biasa setiap hari. Disebabkan katil aku hampir dengan kawasan pemeriksaan, aku jadi orang terawal untuk duduk depan misi. Tak perlulah dorang terjerit panggil semua datang ke depan. Dorang ni kadang-kadang saja je buat-buat lambat. Padahal tengah melepak kat panti .. hehehe.
Alhamdulillah, aku dah ada selera makan. Apa sahaja menu hospital aku boleh makan sampai habis walaupun hanya berlaukkan telor kurma sahaja.
Seperti biasa, tengah malam doktor akan datang ambik darah. Bagi ubat dan sebagainya. Disebabkan aku dah tak demam, aku boleh kembali tidor sehingga subuh. Alhamdulillah.
6 Disember 2021
"Oksigen Encik drop, saya akan minta encik pindah ke wad lain yang ada oksigen petang nanti."
Ahh sudoh la, nak kena pindah wad lagi. Ingat dah boleh balik.
bersambung...