- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 412
Kongsi Cerita C19 - Bahagian 04
- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 412
6 Disember 2021 (Isnin)
Selepas ujian oleh doktor tengahari tadi, aku diminta untuk berpindah ke wad 54 disebabkan bacaan oksigen aku merosot. Aku rasa taklah teruk sangat sampai tak boleh bernafas tapi atas beberapa faktor (maybe) aku diminta untuk ke wad yang mempunyai fasiliti oksigen. Aku pasrah tetapi tetap yakin positif. Giler weh... berapa lama lagi aku nak duduk sini.
Jam 5 petang, aku diusung menggunakan kerusi roda ke Wad 54. Taklah jauh sangat tapi mengah juga. Dapat katil bernombor 4 juga bersama 2 orang lain di bilik sebelah dan aku seorang di bilik depan. Ada lebih kurang 15 katil kesemuanya.
Pantry kat sini kurang menarik disebabkan oleh tak ramai penghuni yang ada, maka stok makanan pun agak kurang. Aku terus baring atas katil dengan salur oksigen sambil berehat. Selama aku kat wad ni selain dari wife, aku banyak dapat nasihat dari adik aku yang bertugas sebagai ketua misi di Cheras. Banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu medical dia share dengan aku.
Sambil berbaring, wad 54 terus menerima pesakit yang lain. Ada yang OK. Ada yang tak OK. Kebanyakkannya dari MAEPS dan ada yang terus dari rumah atau CAC dengan ambulan. Pelbagai ragam manusia yang aku dapat lihat. Masa inilah aku dapat berkongsi pengalaman dengan mereka, maklumlah, aku dah jadi senior kat wad ni .. hehehe.
Rutin pemeriksaan harian seperti biasa. Jam 9 pagi ada check up, then doktor masuk untuk bertanya khabar. Ada yang dah boleh balik dan darah aku masih seperti biasa 'belum cantik'. Lewat malam, darah akan disedut bersama pemeriksaan tahap gula dan juga ubat yang perlu.
Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan lena.
Bersambung episod akhir ...