- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 426
Kongsi Cerita C19 - Bahagian 05 (Akhir)
- Aku dan Covid 19
-
COMMENTS
- Hits: 426
8 Disember 2021 (Rabu)
Tengah malam tadi, darah aku diambil oleh doktor yang sama 2-3 kali sebelum ni. Aku bagitau dia, harap-harap keputusan darah ni baik dan aku boleh balik esok. Dia tersenyum disebalik PPE. Pagi ni aku rasa lebih positif semasa pemeriksaan rutin. Nasi Goreng untuk sarapan pagi pun habis aku bedal. Bacaan SPO2 lebih baik dan tanpa bantuan oksigen.
Ada beberapa orang pesakit yang terpaksa pindah ke bangunan hospital untuk kemudahan yang lebih bagus. Aku bagitau mereka, itulah yang terbaik dan mereka kena berfikiran positif. Lebih kurang jam 10 pagi, seorang doktor perempuan (senior) bersama 3 orang doktor pelatih (maybe) masuk kedalam wad aku. Mereka membuka satu persatu fail pesakit.
Terasa debaran macam nak menang cabutan bertuah pulak.
"Encik Chew, kejap lagi kemas barang untuk pindah ke wad 43 yer"
"Encik Tamrin pun sama akan pindah ke wad 43"
Mereka akan ditempat ke wad aku sebelum ni dan insyaAllah tak lama tu mereka akan keluar.
"Encik Azhar, OK pagi ni?"
"OK doktor" sambil aku memberikan tanda bagus dari ibu jari.
"Encik Azhar boleh balik yer hari ini"
Macam tak percaya apa yang aku dengar dari mulut doktor tadi.
"Saya dah boleh balik yer? aku ulang bertanya.
"Yer, tunggu surat dan ubat dan boleh balik".
Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang telah memberikan kekuatan dan rahmat buat aku. Aku terus maklumkan pada wife, tapi selagi tak dapat surat, aku lebih suka bertenang dalam gembira.
Jam 12.30 tengahari, makanan lunch dah sampai. Aku tolong hulurkan kepada semua pesakit yang ada berdasarkan nama-nama mereka. Ada lebih kurang 8 orang kesemuanya. Selesai solat Zohor, aku berehat sambil berkemas.
11 hari di sini bagaikan satu mimpi yang tak pernah aku harungi seumur hidup aku. Bertemu dengan pelbagai jenis manusia disamping para 'frontliner' yang begitu gigih menjaga pesakit mereka. Di sini, semuanya yang terbaik walaupun ada kekangan namun melihat kepada hasil yang diperolehi, aku memang hormat dan salute kepada mereka.
Jam 4.10 petang aku menerima surat perlepasan dari doktor bersama sedikit ubat. Lebih kurang jam 5.30 petang, wife dah sampai di tempat letak kereta dan aku melangkah keluar dari Wad 54 selepas bersalaman dengan semua penghuni yang ada.
Sayu rasanya apabila kereta mula bergerak melewati wad. Semoga sahabat-sahabat lain terus bertahan dan doakan agar aku kembali sembuh walaupun memerlukan masa yang agak lama.
Terima kasih kerana setia membaca coretan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Semoga memberi manafaat kepada semua.